Boleh guna PADU tanpa was-was – Fahmi

Putrajaya, Jan 02.
Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pembangunan sistem tersebut yang turut melibatkan beberapa entiti penting seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menunjukkan aspek keselamatan siber dititikberatkan.

“JPDP adalah jabatan yang sangat proaktif untuk pastikan cara simpanan data itu tertib dan ikut undang-undang, gerak kerja mereka sangat rapi.

“Saya rasa rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem PADU tanpa was-was, tanpa ragu-ragu dan tanpa sebarang rasa risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PADU yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here