Kilang karpet musnah dalam kebakaran

Nilai, Feb-
Sebuah kilang karpet di Nilai 3 dilaporkan terbakar awal pagi Jumaat memusnahkan hampir keseluruhan struktur bangunan satu tingkat itu.

Difahamkan kilang sama pernah terbakar beberapa tahun lepas sebelum didirikan bangunan baharu yang turut mengalami nasib sama.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sembilan memaklumkan, laporan berhubung kejadian diterima jam 7. 49 pagi.

Menurutnya, seramai 58 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Mantin l, Rantau dan Seremban 2 ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan bangunan kilang berkeluasan 1,200 kaki persegi terbakar memusnahkan hampir 80 peratus struktur bangunan.

“Pasukan bomba tiba di lokasi jam 8.01 pagi dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.55 pagi,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Katanya, kejadian tersebut tidak melibatkan mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here