Lelaki maut, leher tersepit pintu gelangsar ruang ATM bank

Shah Alam, Jan 02.
Seorang lelaki tanpa identiti ditemui meninggal dunia di hadapan pintu masuk ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah cawangan bank di Kota Kemuning dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata polis menerima maklumat orang awam berhubung seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 7.29 pagi.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia sekitar 50 ke 60 an itu berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM dipercayai dalam keadaan mabuk pada jam 11.48 malam, semalam.

Pada 12.01 tengah malam, pintu ‘shutter’ (gelangsar) ruang mesin ATM itu tertutup secara automatik menyebabkan leher mangsa tersepit antara pintu shutter dan lantai sebelum ia terbuka (secara automatik) semula pada jam 6 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here