Adun Sungai Sibuga meninggal dunia

Kota Kinabalu, Jan-
Adun Sungai Sibuga Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 11.20 malam tadi.

Berahim Nasip yang juga ipar kepada Hamsan, 56, mengesahkan pemergian beliau, bagaimanapun punca kematian masih belum dapat disahkan.Jenazah dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Kong Lok, Sandakan sebelum dibawa ke Masjid Pangiran di Batu 7.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila sebelum solat Zuhur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pembantu menteri kerajaan tempatan dan perumahan yang juga pembantu menteri kewangan II itu sebelum ini mendapatkan rawatan akibat komplikasi beberapa penyakit antaranya melibatkan buah pinggang.

Pada PRN Sabah ke-16 pada 2020, Hamsan mewakili Barisan Nasional menang saingan lima penjuru kerusi DUN Sungai Sibuga dengan majoriti 1,538 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here