‘Jaga kesihatan’ – Anwar beritahu Dr Mahathir

Kuala Lumpur, Jan 5.
“Jaga kesihatan” ungkap Datuk Seri Anwar Ibrahim secara ringkas sebagai mengulas sindiran yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang di negara ini adalah kepakaran Anwar.

Terdahulu Anwar merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di World Trade Centre (WTC), hari ini.

Dr Mahathir dalam kenyataannya hari ini, menafikan beliau terbabit dalam gerakan Langkah Dubai yang didakwa dibuat bertujuan menjatuhkan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here