Lapan kereta hangus dijilat api

Kuala Lumpur, Jan 8.
Lapan kereta musnah dalam kebakaran sebuah pusat servis kenderaan di Jalan Segambut Selatan, Taman Segambut, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan pada jam 8.08 pagi, menggerakkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul ke lokasi bagi memadam kebakaran.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafizan Hassan, berkata operasi memadam kebakaran turut dibantu pasukan dari BBP Jinjang dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan seramai 27 anggota bersama tiga jentera dan ‘water tanker’.

Kebakaran didapati membabitkan sebuah bangunan kilang yang menempatkan pusat servis kenderaan.Premis yang terbakar berkeluasan 2,500 kaki persegi (232 meter persegi) dan kebakaran memusnahkan bilik penyimpanan alat ganti di tingkat satu serta bilik fail yang berada di tingkat dua dengan anggaran kemusnahan 100 peratus. Dalam pada itu, lapan kereta yang terdapat dalam bangunan berkenaan turut terbakar dengan kerosakan kira-kira 70 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here