Kuala Lumpur, Jan 8.
Selepas Jalan Silang dan Masjid India, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu pula Jalan Haji Taib dan Chow Kit, di sini, yang turut menjadi lokasi tumpuan peniaga serta penjaja warga asing khususnya dari Bangladesh dan Indonesia.
Serbuan membabitkan 131 pegawai dan anggota penguat kuasa bermula jam 9 malam tadi tertumpu kepada pemeriksaan aktiviti perniagaan dan penjaja terdiri ubatan seks, makanan, minuman dan pakaian terpakai yang membabitkan pekerja, pembantu, peniaga dan pengendali warga asing dari dua negara terbabit.
DBKL melalui kenyataan di Facebook berkata, lebih 200 aktiviti perniagaan bazar pakaian terpakai dan lain-lain penjualan barangan am dan aksesori yang beroperasi sepanjang Jalan Haji Taib, Chow Kit ini diperiksa.





















