SPAN adakan sidang media dalam tempoh terdekat tentang isu tarif air

Subang, Jan 9.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengadakan sidang media dalam masa satu atau dua minggu lagi bagi menjawab isu pelarasan tarif air yang menjadi bualan hangat dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Pengerusinya Charles Anthony Santiago berkata jemputan ke sidang media berkenaan akan dihantar dalam masa terdekat.

“Isu itu (tarif air) ialah isu hangat sekarang dan SPAN akan membuat satu sidang media dalam masa terdekat. Jadi, tunggu dan tengoklah,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek baik pulih paip pembetungan di Jalan SS15/4 dan Jalan SS15/8 di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here