2 polis ditahan kes samun, rogol

Kuala Lumpur, Jan 12.
Dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, ditahan berhubung kes samun dan rogol ke atas satu pasangan di Bukit Ampang, Ampang Jaya, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 9.45 malam, kedua-dua suspek yang melakukan rondaan memeriksa sebuah kereta jenis Volkswagen Golf yang sedang berhenti, dinaiki mangsa seorang remaja tempatan berusia 18 tahun dan seorang wanita warga Uzbekistan berusia 17 tahun.

Kedua-dua suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kemudian disyaki mengarahkan mangsa membayar RM500 selepas memaklumkan bahawa lelaki terbabit akan ditangkap dan dibawa ke Balai Polis sekiranya gagal membayar wang tunai RM2,000 atas satu kesalahan lalu-lintas yang dilakukan.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kedua-dua suspek telah membawa dua mangsa terbabit ke lokasi berbeza sebelum berlakunya kejadian samun dan rogol.

“Salah seorang suspek (anggota polis) telah merogol mangsa wanita ketika seorang lagi suspek membawa mangsa lelaki ke sebuah bank,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here