Bawang India kembali, harga stabil 2 bulan lagi, kata bos Mydin

Kuala Lumpur, Jan 12.
Harga dan bekalan bawang mungkin stabil dalam tempoh dua bulan, kata Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin Ameer Ali Mydin.

Beliau menjangkakan keadaan itu susulan ketibaan ‘musim bawang’ di India. Sejak bulan lalu, negara itu menghentikan eksport bawang sehingga Mac depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna menyebabkan Malaysia terpaksa mengalihkan sumber ke China serta Pakistan.

Ameer berkata beliau mendapat tahu bekalan di India dijangka bertambah dalam tempoh dua bulan yang memungkinkan kerajaannya menghentikan sekatan.

“Ada dengar dari pasaran bahawa India telah mula memasuki musim bawang dan akan ada banyak bekalan. Dijangka dalam tempoh satu hingga dua bulan.

“Kita harap daripada itu harga (bawang) akan turun dari pasaran,” katanya kepada FMT.

Menurut Ameer, walaupun telah beralih kepada negara sumber lain namun masalah kenaikan harga akibat kekurangan bekalan bawang dari India masih tidak dapat dielakkan ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here