Laluan WCE Beruas-Taiping dibuka sebelum Raya

Taiping, Jan 17.
Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sejauh 35.5 kilometer yang menghubungkan Beruas ke Taiping Selatan dijangka dibuka menjelang Hari Raya Aidilfitri, April ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dr Nadzrol Fadzilah Ahmad berkata, pemeriksaan menyeluruh terutama daripada aspek keselamatan sedang dilaksanakan sebelum ia dibuka kepada pengguna lebuh raya.

Menurutnya, LLM bagaimanapun berusaha untuk membuka laluan berkenaan lebih awal seperti yang diharapkan kerajaan Perak.

Kita ada usaha untuk buka laluan ini pada Tahun Baru Cina tetapi kita tidak boleh sahkan ia dapat dibuka sebelum perayaan berkenaan kerana masih tertakluk kepada faktor keselamatan. Menurutnya, LLM bagaimanapun berusaha untuk membuka laluan berkenaan lebih awal seperti yang diharapkan kerajaan Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here