Kuala Terengganu, Jan 18
Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini digemparkan dengan ancaman bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar kompleks berkenaan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata pihaknya menerima laporan daripada petugas keselamatan di kompleks itu pada 7.30 pagi dengan memaklumkan menemukan bungkusan itu pada 6.45 pagi.
Hasil laporan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.
Pemeriksaan di lokasi menemukan sebuah bungkusan bewarna putih dibalut menggunakan kertas A4 dengan di dalamnya berisi bateri. Kita percaya ada cebisan lampu suluh dalam bungkusan itu, katanya ketika dihubungi.




















