Pengetahuan digital perlu diutamakan kepada penjawat awam – CUEPACS

Kuala Lumpur, Jan 22.
Pembabitan penjawat awam dalam ‘Program AI Untuk Rakyat’ akan dapat memberi kesan positif serta nilai tambah yang baik kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam, kata Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat.

Katanya, kecerdasan buatan atau AI adalah bidang yang mesti dikuasai penjawat awam kerana ia mampu meningkatkan kecekapan dalam memproses sesuatu data, selain memberi impak yang besar kepada pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan dalam pelbagai cara.

“Walaupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak menetapkan tempoh masa khusus kepada penjawat awam untuk menyelesaikan program ‘AI Untuk Rakyat’, CUEPACS berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh segera sebagai contoh kepada masyarakat awam.

“Sebagai kumpulan yang melaksanakan dasar kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk menjadi yang terkehadapan dalam menjayakan inisiatif dibawa kerajaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here