Dr Mahathir beri keterangan kepada polis

Kuala Lumpur, Jan 23.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai memberi keterangan kepada polis pada jam 4.04 petang tadi.

Proses mengambil keterangan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana oleh tiga pegawai polis itu berlangsung kira-kira satu jam.

Polis mengambil keterangan Dr Mahathir berhubung dengan kenyataan dikeluarkan oleh bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkait masyarakat India di negara ini yang masih tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Dr Mahathir dilihat tiba memasuki halaman Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 2.37 petang. Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit di India, mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

Kenyataan Dr Mahathir itu dikritik beberapa pemimpin politik termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktivis di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here