PM India Modi, merasmikan Kuil Dewa Rama di Ayodhya

Ayodhya, Jan 23.
Perdana Menteri India, Narendra Modi akan merasmikan Kuil Dewa Rama yang dibina di bekas tempat sebuah masjid purba di bandar Ayodhya, pada Isnin (22 Jan).

Majlis perasmian Kuil Dewa Rama pada Isnin telah berlangsung dengan gah di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

Ia dihadiri ribuan anggota parti Hindu, Bharatiya Janata serta sekutu-sekutunya dan para penganut Hindu dari merata India, malah dari merata dunia.

Beribu-ribu penduduk India menari di jalanan, memakai pakaian berwarna kuning dan mengibarkan bendera menjelang pembukaan Kuil Ram.

Upacara di utara bandar Ayodhya menandakan peristiwa bersejarah bagi penduduk beragama Hindu di merata dunia.

“Pembinaan Kuil Ram adalah instrumen untuk menyatukan negara,” kata Perdana Menteri India Narenda Modi. Pembukaan kuil Ram Mandir itu merupakan satu detik penting dalam kempennya selama sedekad lamanya dalam usaha menyelaraskan tadbir urus negara dengan kepercayaan majoriti penduduk negara tersebut.

Kuil itu menunaikan janji selama 35 tahun oleh parti nasionalis Hindu Modi, Bharatiya Janata Party (BJP). Ia menjadi isu politik dan perbalahan dalam membantu melonjakkan parti itu untuk menonjol dan berkuasa.

Tapak kuil itu dipertikaikan selama beberapa dekad dan mencetuskan rusuhan di seluruh negara pada 1992. Rusuhan itu menyebabkan kematian 2,000 individu.

Penganut Hindu berkata tapak itu adalah tempat kelahiran Dewa Rama.

Pada 2019, Mahkamah Agung menyerahkan tanah itu kepada penganut Hindu dan mengarahkan pembahagian plot berasingan kepada umat Islam.

Acara pada Isnin itu bermula pada pukul 12.20 tengah hari waktu tempatan.

Hampir 8,000 orang telah hadiri majlis berkenaan termasuk pemimpin perniagaan terkemuka, bintang filem dan ahli sukan.

Lebih daripada 10,000 anggota polis berkawal di seluruh bandar bagi mengawal keselamatan dan menghalang penceroboh. Kuil itu dibuka kepada orang ramai pada Selasa dan pengurusannya menjangkakan sekurang-kurangnya 100,000 pelawat dalam sehari.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here