‘Mana kaki dan tangan Bella?’ – Kakak

Batu Pahat, Jan 27.
Norhisham Samsusah mendedahkan rangka adiknya, Mila Sharmila atau Bella yang didakwa dibunuh oleh teman lelakinya, ditemui dalam keadaan tidak sempurna tanpa kaki dan tangan di sebuah rumah terbiar pada Jumaat minggu lalu.

Dalam hantaran terbaru melalui Facebook, Norhisham, 36, memaklumkan bahawa pihaknya begitu terkejut apabila melihat keadaan rangka Bella, 32, ketika jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Rabu lalu.

“Selesai urusan, tiba masa tuntut jenazah di Forensik HSI. Allahuakbar… Allahuakbar… terkejut saya apabila tengok rangka Bella hanya tinggal beberapa sahaja macam ‘secoet’.

“Hancur hati sehancur-hancurnya apabila terima (jenazah) Bella dalam keadaan macam ini. Kenapa buat adik saya macam ini? Hanya tengkorak kesan pecah kena hentak benda tumpul, rongga mata ada satu.”Tulang rusuk, punggung… itu sahaja. Mana kedua-dua kaki dan tangan Bella? Rasa macam nak memberontak… nak mengamuk… nak menjerit sekuat hati bagi semua tahu betapa hancur hati saya.

“Namun, apakan daya… saya hanya seorang kakak yang memperjuangkan pencarian adik tetapi saya dapat rangka yang tidak sempurna,” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here