19,765 calon duduki SPM di Kuala Lumpur hari ini

DIGITAL IMAGE

Kuala Lumpur, Jan 30.
Seramai 19,765 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWPKL), Roslan Abu Hassan, berkata daripada jumlah itu, 15,817 adalah calon sekolah kerajaan, 240 orang calon sekolah agensi kerajaan, 2,500 calon sekolah swasta dan 1,208 calon persendirian.

“Kesemua calon ini mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini di 168 pusat peperiksaan di Kuala Lumpur.

“Seramai 2,166 orang petugas peperiksaan termasuk seramai 407 orang sukarelawan pengawas peperiksaan bukan dalam kalangan penjawat awam telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi lawatan bersempena hari pertama peperiksaan bertulis SPM peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here