Kuala Lumpur, Feb 3.
Nahas empat kereta dan tiga treler mengakibatkan lorong dari kedua-dua arah di KM288.1 Gopeng ke Simpang Pulai terhalang, kata Plus.
Seorang daripada dua lelaki yang maut dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini pagi tadi, ditemukan dalam keadaan berkecai.
Kemalangan membabitkan tiga lori dan empat kereta di laluan antara Gopeng ke Simpang Pulai, dekat Kampung Tersusun Tekah itu dilaporkan kepada bomba jam 7.46 pagi. Difahamkan, dua mangsa yang maut di lokasi kejadian, masing-masing pemandu lori gula pasir dan pemandu lori muatan logam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.46 pagi.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi.”Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dipercayai meninggal dunia dilaksanakan bomba sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Semua lorong kedua-dua arah masih terhalang. Trafik tidak bergerak.
Setakat ini, jumlah dan keadaan mangsa terlibat belum dapat disahkan.
Katanya, kejadian dikenal pasti berlaku pada 7.38 pagi tadi dengan trafik tidak bergerak.





















