10 polis trafik disiasat

Kuala Lumpur, Feb 5.
Sepuluh anggota polis trafik sebuah daerah di Selangor disiasat berhubung penemuan wang tunai RM3,753 dalam beg dan kereta peronda mereka ketika menjalankan sekatan jalan Op Alkohol, awal pagi tadi.

Mereka terdiri daripada seorang pegawai berpangkat Inspektor dan sembilan anggota lain-lain pangkat sarjan, koperal, lans koperal dan konstabel.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen rasuah atau sebaliknya.

Siasatan itu susulan pemeriksaan oleh pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman ke atas 10 pegawai dan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang menjalankan Op Alkohol pada jam 2.30 pagi tadi. “Pada pemeriksaan itu, pasukan JIPS Bukit Aman mendapati salah seorang anggota trafik berpangkat Sarjan memiliki wang tunai RM3,313 selain wang tunai RM440 dalam sebuah kereta.

“Satu Kertas Siasatan Tatatertib telah dibuka ekoran laporan polis berhubung kes terbabit untuk mengenal pasti kemungkinan rasuah atau pelanggaran prosedur trafik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here