KPN ‘hukum’ Pua sebelum siasatan

Kuala Lumpur, Feb 5.
Ramkarpal Singh mengkritik Ketua Polis Negara (KPN) Razarudin Husain mengeluarkan kenyataan seolah-olah menggambarkan Tony Pua bersalah kerana menghasut dalam catatan di Facebook berkait pengampunan Najib Razak.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mempersoal kenyataan mengkategorikan apa diperkata Pua sebagai hasutan walaupun siasatan masih berjalan.“Jika KPN semalam telah menyimpulkan kenyataan Pua bersifat hasutan, mengapa perlu memanggilnya ke Bukit Aman hari ini bagi tujuan membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

“Ia seperti KPN telah mendapati Pua bersalah tanpa memberinya hak untuk mendapatkan siasatan wajar dan adil.”

Ramkarpal, yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi), berkata tindakan sedemikian merendahkan keadilan dan tidak berpihak dalam proses penyiasatan.“KPN sepatutnya melaksanakan tugasnya secara profesional dan tidak boleh dilihat mempengaruhi proses siasatan,” katanya.

Bukit Aman melakukan siasatan terhadap kenyataan Pua merujuk kepada keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman kepada Najib Razak, dalam kes sabitan SRC International.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here