Klang Majlis Bandaraya Diraja

Kuala Lumpur, Feb 5.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin memperkenan mengisytiharkan Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Pemasyhuran itu menjadikan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut satu-satunya yang mempunyai status Diraja di negara ini.

Sultan Selangor mahu profesional isi 50 peratus Ahli Majlis Bandaraya Klang. Baginda berpandangan, bukan sahaja ahli politik, golongan profesional yang pakar dalam bidang tertentu juga diperlukan di dalam pembangunan sesebuah bandar.

“Jika boleh beta cadangkan jumlah golongan profesional perlulah sekurang-kurangnya memenuhi 50 peratus dari jumlah keseluruhan ahli majlis.

“Di samping itu, ahli-ahli majlis juga perlu menggambarkan komposisi kaum dan populasi sesuatu kaum yang menetap di Bandaraya Klang agar semua kaum dapat diwakili oleh wakil mereka mengikut jumlah yang berpadanan dengan jumlah sesuatu kaum,” titah baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here