Mydin turun harga BPI jenama Myrasa RM3 untuk pek 10kg

Kuala Lumpur, Mac.
Selaras keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) semalam, Pasaraya Mydin mengambil langkah proaktif menurunkan harga Beras Putih Import (BPI) RM3 bagi kampit beras 10 kilogram (kg) berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin membabitkan beras keluaran syarikat iaitu dengan jenama Myrasa.

“Untuk beras keluaran Mydin iaitu jenama Myrasa kita sudah turunkan harga pagi tadi sebanyak RM3 iaitu daripada harga RM39.49 kepada RM36.49,” katanya kepada BH.

Semalam kerajaan menerusi Mesyuarat NACCOL dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya harga jualan runcit BPI diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here