Raja Charles III disahkan hidap kanser

London, Feb 6.
Raja Charles III kini disahkan menghidap kanser, 18 bulan selepas menaiki takhta.

Istana Buckingham semalam mengumumkan Charles, 75, akan menangguhkan tugas membabitkan penampilan awam ketika menjalani rawatan tetapi berharap untuk kembali menjalankan tugas awam sepenuhnya secepat mungkin.

Selepas lebih tujuh dekad menanti untuk ditabalkan sebagai ketua negara, Charles ditabalkan sebagai raja pada 6 Mei 2023 susulan kemangkatan Ratu Elizabeth, pada 8 September 2022, selepas menjadi pewaris paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain.

Beberapa pengulas sebelum ini, menjelaskan baginda yang tidak malu untuk menyuarakan pandangan tegas mengenai pelbagai isu sebagai pewaris, akan membawa perubahan radikal dan merombak gaya tegar dan berdedikasi mendiang ibunya. Sebaliknya, baginda menyesuaikan diri dengan peranan baharu dengan rutin sibuk secara tenang, menjadikan pengumuman masalah kesihatannya semakin mengejutkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here