Lelaki, tunang cuba bunuh anggota polis direman seminggu

Ipoh, Feb 6.

Pasangan tunang yang ditahan selepas disyaki melakukan cubaan bunuh dengan melanggar anggota polis berpangkat Lans Koperal hingga parah Ahad lalu, direman selama tujuh hari.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 34 tahun itu bermula Selasa hingga Isnin depan bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Nora Sharif di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa.

Media melaporkan seorang anggota polis parah dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, suspek telah bertindak melanggar mangsa sebanyak dua kali dengan mengundur kenderaan sebelum memecut laju untuk melarikan diri.

Anggota berusia 34 tahun itu yang mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here