12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham

Kinabatangan, Feb 9.
Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, hanya kaki kiri mangsa ditemukan, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah malam ini.

“Mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat pada jam 5.45 petang tadi di dalam mulut buaya. Pihak polis melepaskan 12 das tembakan sehingga buaya berkenaan melepaskan mangsa.

“Hanya kaki kiri mangsa dijumpai. Tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here