Kuala Lumpur, Mei
Serangan politik berterusan antara pemimpin menghalang pembangunan masyarakat India di Kuala Kubu Baharu, kata bekas Ahli Parlimen DAP.
Bercakap kepada FMT, Charles Santiago berkata masyarakat India di kawasan itu berdepan banyak isu belum diselesaikan sejak berdekad lalu seperti kemiskinan, kurang peluang pekerjaan dan perumahan.
Bekas Ahli Parlimen Klang tiga penggal itu berkata, pemimpin politik harus memberi tumpuan dalam menyelesaikan isu berkenaan daripada membuang masa bergaduh sesama sendiri menjelang PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei.
“Daripada menyerang antara satu sama lain, mereka sepatutnya memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah dihadapi masyarakat India di sana,” kata Santiago.“Jangan silap – pemimpin yang hanya terjerit-jerit tidak mempunyai kepentingan terbaik masyarakat. Ia menunjukkan sokongan kepada kerajaan demi kepentingan peribadi dan jangka hayat politik.”





















