Lelaki jatuh laut ketika leka buat panggilan video

Kuantan, Feb 13.
Seorang warga Nepal dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh dari kawasan berbatu ketika membuat panggilan video di Teluk Tongkang.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima laporan mengenai mangsa dikenali sebagai Ganesh Rana, 22, pada 5.50 petang tadi. Beliau berkata mangsa yang juga pekerja di sebuah kilang di sini, dikatakan pergi ke lokasi kejadian bersama beberapa rakannya sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Menurut rakan mangsa, ketika kejadian mereka duduk di kawasan berbatu dan mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke laut ketika sedang membuat panggilan video bersama kakaknya sekitar 4.30 petang.
“Rakan mangsa cuba menyelamatkannya dengan mencapai baju mangsa, namun gagal kerana mangsa dibawa arus kuat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dilaksanakan di sepanjang Teluk Tongkang sehingga pantai Teluk Cempedak sebelum ia ditangguhkan kerana cuaca buruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here