Kuala Lumpur, Mei-
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan sebuah gedung simpanan arak mewah dalam serbuan ke atas sebuah daripada enam kediaman milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri, yang sedang disiasat berhubung kes tuntutan palsu dan penyalahgunaan dana bon sukuk bagi projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Menurut sumber, koleksi minuman keras berjenama itu disimpan dalam sebuah ‘chiller’ khas di tingkat bawah sebuah kondominium mewah yang turut dilengkapi bar alkohol persendirian.
Nilai keseluruhan arak berkenaan dianggarkan mencecah RM3 juta.Dalam serbuan itu, SPRM turut menyita enam unit kediaman mewah dan sebidang tanah lot bernilai sekitar RM12 juta.
Pasukan penyiasat juga menemui seekor kuda bernilai ratusan ribu ringgit yang dipercayai dibeli menggunakan dana sukuk.
























