24 pemandu bas ekspres disaman

Seremban, Feb 15.
Ops Penyamaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengenakan saman terhadap 24 pemandu bas eskpres yang dikesan mengabaikan keselamatan penumpang masing-masing.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, menerusi Ops Penyamaran sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula 1 Februari lalu hingga kelmarin, pihaknya mengesan pemandu bas ekspres itu melakukan 64 kesalahan.

Beliau berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk memandu di lorong kanan (12 saman) dan tiada pemandu kedua atau memandu secara berterusan bagi perjalana”Selain itu, kesalahan pemandu yang merokok (dua saman), tidak selenggara buku log (sembilan saman), abai isyarat lalu lintas (tujuh saman) dan lain-lain kesalahan (27 saman),” katanya, ketika dihubungi, hari ini.

Hanif berkata, menerusi operasi setiap kali musim perayaan, anggota jabatan itu akan menyamar sebagai penumpang bas bagi perjalanan ke seluruh negara untuk mengambil tindakan terhadap pemandu bas eskpres yang meletakkan nyawa penumpang di hujung tanduk.n melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan (tujuh saman).

“Selain itu, kesalahan pemandu yang merokok (dua saman), tidak selenggara buku log (sembilan saman), abai isyarat lalu lintas (tujuh sama) dan lain-lain kesalahan (27 saman),” katanya, ketika dihubungi, hari ini.

Hanif berkata, menerusi operasi setiap kali musim perayaan, anggota jabatan itu akan menyamar sebagai penumpang bas bagi perjalanan ke seluruh negara untuk mengambil tindakan terhadap pemandu bas eskpres yang meletakkan nyawa penumpang di hujung tanduk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here