Bekas pensyarah rugi RM1.4 juta

Kuala Lumpur, Feb 16.
Seorang bekas pensyarah wanita kerugian RM1.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata dalam kes yang berlaku awal bulan ini di Kajang itu merekodkan kerugian tertinggi membabitkan modus operandi penipuan sedemikian setakat ini.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 61 tahun itu diarahkan mengikut segala arahan yang diberikan pemanggil sehingga mengakibatkan mangsa membuat pindahan wang ke akaun yang ditetapkan.

“Dalam kes sebegini, mangsa akan menerima panggilan dari individu yang mendakwa pegawai dari NSRC. ‘Pegawai’ itu kemudiannya memaklumkan kononnya NSRC akan membatalkan nombor telefon mangsa ekoran terdapat aduan bahawa nombor telefon mangsa menghantar pautan haram serta mesej penipuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here