Ramasamy bayar RM1.52 juta kepada Zakir Naik – Peguam

Kuala Lumpur, Dec 02.
Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sudah membayar ganti rugi RM1.52 juta kepada pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mengesahkan perkara itu berkata kepada pemberita, jumlah berkenaan dimasukkan ke akaun peguam pada 17 November, susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 November. Pada hari berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz memerintahkan Ramasamy membayar ganti rugi lebih RM1 juta kerana memfitnah Zakir dan juga supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pendakwah itu selepas membenarkan dua saman yang dibawa oleh Zakir.

Sementara itu, semasa prosiding hari ini di hadapan hakim yang sama, peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Ramasamy memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya menarik balik permohonan untuk menangguhkan keputusan permohonan maaf itu, sementara menunggu rayuan itu diselesaikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here