Hapus rasuah bukan kerana dendam lama
Permatang Pauh, Feb 16.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan memerangi rasuah bukan kerana dendam lama tetapi kerana mahu membebaskan negara daripada gejala rasuah tanpa mengira pangkat dan peringkat umur.
Menurut Perdana Menteri,
usia dan pangkat tidak sepatutnya dijadikan alasan, malah pihak terlibat juga tidak perlu takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat rasuah.mengulangi ketegasan tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah dan penyelewengan.
“Kalau seseorang itu amalkan rasuah, dia patut bimbang… kalau tak rasuah dia tak perlu takut.
“Ini orang yang rasuah berpuluh billion tak berani sentuh, kalau polis sarjan kena (terima rasuah) kes RM200 orang marah habis. Saya tak kata betul (terima rasuah), kalau salah… salahlah.
“Tapi orang yang ambil RM10 billion tak berani sentuh, sebab ada kuasa tak berani sentuh. Ada Ahli Parlimen sokong lagi, (diakwa) menganiaya, kesian kat dia… dia orang tua, jadi kalau orang tua rompak boleh? Kalau orang tua rogol boleh? Ini hang (kamu) belajar dari mana?
“Ini kata dendam, kes lama, kalau ambil RM200 ringit saya maafkan, tapi kes lama ambil RM20 billion ringgit, itu bukan duit aku, duit hang, tapi itu duit rakyat…” tegas Perdana Menteri ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani – Barangan Basah dan Kering di Lembah Makanan, Bandar Perda, di sini, pada Jumaat.





















