Jika rompakan hasil negara dihentikan – Harga barang akan turun

Bukit Mertajam,Feb 16.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu bersikap lebih tegas dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana individu yang mengaut hasil negara dalam membolehkan lebih manfaat dapat diberikan kepada rakyat.

Anwar menegaskan, sekiranya rompakan terhadap hasil negara dapat dihentikan, harga barang yang melonjak tinggi juga dapat diturunkan.

“Pada tahun ini juga, saya kaji nak naikkan gaji penjawat awam sebab sudah 10 hingga 12 tahun tidak pernah naik. Untuk buat perkara ini nak ambil duit dari mana?

“Jadi saya minta kawan-kawan faham mengapa ada kes saya tidak mahu tolak ansur, hang (awak) makilah berbakul-bakul pun, serangla guna apa pun tetapi saya tidak akan bertolak ansur dari perompak (hasil negara) “PM kena tegas, kalau tegas harga barang turun, kalau tegas rompakan (hasil negara) dapat dihentikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa apa yang dilakukannya bukan kerana dendam lama tetapi atas dasar semangat yang mahu memerangi individu yang mengaut keuntungan tidak kira pangkat, umur mahu pun darjat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here