Tuduhan edar 39kg dadah – Kumaresan dibebas

Kuala Lumpur, Feb 16.
Mahkamah Tinggi Klang hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas pengurus stor daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 39kg, tiga tahun lepas.

Hakim Norliza Othman membuat keputusan itu terhadap Kumaresan Munusamy, 29, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, di akhir kes pendakwaan.Norliza dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dadah berkenaan berada di bawah kawalan tertuduh ketika kejadian.

Peguam Sivahnanthan Ragava yang mewakili tertuduh, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di rumah setinggan tidak bernombor di belakang tokong Cina, di Jalan Melawis, Klang di sini pada 8 malam, 11 Nov 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here