Kuala Lumpur, Dis 22.
Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal melanda Kuala Lumpur selain seluruh Pulau Pinang dan Melaka sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook berkata, keadaan cuaca itu turut diramal berlaku di beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Katanya, di Kedah membabitkan daerah Kulim dan Bandar Baharu, di Perak Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim, selain Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong di Pahang.
Di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat manakala Negeri Sembilan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.















