Penjenayah ditembak mati oleh Polis

Jitra, Feb 17.
Seorang penjenayah yang maut ketika berbalas tembak dengan polis di jalan Bukit Kechik, Napoh, Changlun dekat sini, sempat melepaskan dua das tembakan sebelum polis membalas tembakan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata terdahulu, sepasukan polis Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah yang melakukan rondaan Op Laras di kawasan kejadian ternampak sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pasukan serbuan yang melakukan rondaan di tempat itu kemudian mengarahkan suspek berhenti namun dia enggan berbuat demikian.

Katanya, suspek enggan berhenti namun keretanya telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti sebelum dia bertindak melepaskan dua das tembakan. “Polis yang ketika itu cuba mempertahankan diri, membalas empat das tembakan yang mengenai dadanya menyebabkan suspek mati di tempat kejadian,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here