Harga sayur masih mahal

Johor Bahru, Feb 19.
Harga sayuran di bandar raya ini kekal tinggi walaupun harga dijangka mulai turun minggu ini.

Tinjauan di pasar basah sekitar Perling dan Tampoi mendapati harga sayuran terutama kacang panjang dan buncis, terung selain bendi masih berada pada paras tinggi.

Harga kacang buncis kekal mahal dengan RM15.99 sekilogram berbanding hanya antara RM8.50 hingga RM11 November lalu manakala kacang panjang pula RM10.90 sekilogram, berbanding hanya antara RM4.50 hingga RM6.50, November lalu.

Peniaga sayur, Wan Aizat Ahmad, 27, berkata bekalan sayuran yang berkurangan sejak akhir tahun lalu susulan musim hujan lebat dan banjir berterusan sejak awal bulan ini apabila kebanyakan pengusaha sayuran bercuti Tahun Baharu Cina.

Turut mahal adalah terung panjang dan bulat yang kini RM12 sekilogram berbanding antara RM7.50 hingga RM8.50 November lalu manakala bendi kini RM13 sekilogram berbanding hanya RM8.50, November lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata harga sayuran yang sebelum ini melonjak naik susulan musim hujan dan banjir yang melanda negara, dijangka akan turun mulai minggu hadapan.

Kita jangkakan bekalan sayuran yang berkurangan dan terjejas susulan musim hujan lebat dan banjir akhir tahun dan bulan lalu akan mulai pulih minggu hadapan susulan cuaca yang semakin baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here