Harga secawan minuman RM15.90!

Johor Bahru, Feb 21.
Walaupun harga RM15.90 bagi secawan minuman panas sudah tertera jelas pada menu makanan dan minuman yang diberi kepada pelanggan sebuah restoran di Kota Tinggi, namun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetap akan menyiasat aduan dikemukakan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan caj dikenakan.

Susulan itu, KPDN Johor menyerahkan Notis Bertulis (NB) mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada pemilik restoran yang beroperasi di sebuah resort di Desaru dan mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh ditetapkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan selepas ini.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata tindakan itu dibuat selepas aduan pelanggan terbabit berhubung harga minuman panas yang dikatakan melampau itu, tular di media sosial.

Susulan itu, beliau berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya dibuat pada Ahad lalu membabitkan premis yang beroperasi dalam kawasan hotel yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here