Peniaga guna pewarna ke atas bahan segar – Tindakan tegas disaran

Kuala Lumpur, Feb 21.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap peniaga yang menggunakan pewarna ke atas bahan segar untuk menipu pengguna.

Timbalan Setiausaha Agungnya, Nur Asyikin Aminuddin, berkata pemeriksaan secara mengejut perlu kerap dilakukan oleh pihak penguat kuasa supaya memberi tekanan kepada pihak peniaga untuk sentiasa mematuhi standard keselamatan makanan tanpa sebarang kompromi.

“Tidak dinafikan peniaga warga asing kebanyakannya berniaga tanpa lesen atau menggunakan lesen atas angin atau disewa daripada warganegara Malaysia sendiri.

“Perbuatan berkenaan menyebabkan peniaga warga asing tidak mempunyai pendedahan dengan standard keselamatan makanan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri atau Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya .

Jelas beliau, peniaga tempatan juga kemungkinan ada melakukan kesalahan sama dengan mengambil contoh ada kes membabitkan sayur-sayuran dan air mineral keluaran Malaysia yang ditarik balik oleh Singapura susulan tidak mematuhi standard keselamatan.

“Perkara terbabit membuktikan penguatkuasaan, terutama mengenai standard keselamatan makanan di Malaysia perlu dipertingkatkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here