Himpunan BERSIH , Tiada pemberitahuan – Polis KL

Kuala Lumpur,Feb.
Tiada sebarang pemberitahuan diterima pihak polis berhubung penganjuran Perhimpunan Tuntut Feformasi 100 peratus yang dijadual berlangsung di Parlimen pada Selasa ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya mengesan satu poster tular di media sosial hari ini berkaitan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk mengadakan perhimpunan itu.

Dalam poster itu, orang ramai diseru untuk berhimpun di Tugu Negara dan kemudian berarak ke Parlimen.

“Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 daripada mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan itu. “Himpunan tanpa pemberitahuan perhimpunan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here