2 beranak maut, 3 parah pikap terbabas dalam gaung

Segamat, Mei-
Dua beranak maut dan tiga lagi parah selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Labis-Segamat dekat Kampung Kwongsai, di sini, petang semalam.

Mangsa, Mohd Fitri Md Said, 38, yang juga Imam Muda Masjid Nurul Falah FELDA Redong, Segamat, dan anak perempuannya, Nurin Insyirah,9, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat terperangkap di bawah kereta terbabit.

Isteri dan dua anaknya yang belum diketahui identiti pula dilaporkan parah dan menerima rawatan di Hospital Segamat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Zainal Abidin Che Deraman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.47 petang sebelum menggerakkan tujuh anggota ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, lima mangsa berada dalam kenderaan itu, namun tiga daripadanya berjaya keluar sebelum ketibaan anggota bomba.

Pasukan bomba mengangkat kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke dalam gaung menyebabkan dua beranak maut dan tiga parah, semalam.

“Dua mangsa lelaki termasuk kanak-kanak tersepit di bawah kenderaan yang terbalik dipercayai terbabas ke dalam gaung itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here