Kuala Lumpur, Feb.
Raja Norway, Raja Harald V dimasukkan ke hospital di Malaysia kerana mengalami jangkitan, kata keluarga diraja Norway hari ini.
Raja berusia 87 tahun itu dalam lawatan peribadi ke negara Asia Tenggara ini.
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja telah jatuh sakit ketika percutiannya di Malaysia, dan dimasukkan ke hospital di sana kerana mengalami jangkitan.
“Raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” kata keluarga diraja dalam satu kenyataan.
Raja Harald V menjadi ketua negara Norway sejak 1991 dan merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah.
Baginda berulang kali dimasukkan ke hospital dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan telah menjalani pembedahan jantung.
























