Pemandu menteri ekori rapat ambulans kena kompaun

Kuala Lumpur, Mac.
Kompaun telah dikenakan terhadap pemandu kenderaan rasmi menteri yang mengekori rapat sebuah ambulans di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) awal bulan lepas.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes berkenaan telah selesai susulan tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak berkenaan.“Mahkamah telah mengambil tindakan kepada kes tersebut dah selesai. Mereka beri kerjasama yang baik kepada semua,” katanya.

Pada 3 Feb lepas, tular di media sosial sebuah kenderaan rasmi menteri mengekori rapat sebuah ambulans yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke lokasi kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Simpang Pulai menghala ke Tapah, Perak. Enam hari selepas itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengakui pemandunya disiasat atas kejadian itu dan akan memberi kerjasama kepada siasatan.

Beliau juga menegaskan tidak pernah berniat melanggar undang-undang dan sentiasa mengutamakan usaha penyelamatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here