Padah tunggang motosikal, Lelaki mabuk dipenjara, denda RM10,000

Melaka, Feb.
Lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, selepas mengaku bersalah menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol tahun lepas.

Majistret Mazana Sinin membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan tertuduh, Toong Chen Qen, 65, dan mensabitkannya seperti pertuduhan selepas menimbang fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Mazana menetapkan hukuman penjara bermula hari ini dan jika gagal membayar denda, lelaki itu boleh dipenjara empat bulan selain lesen memandu digantung dua tahun.

Berdasarkan pertuduhan, Chen Qen sebagai penunggang motosikal didapati memiliki kadar alkohol dalam badan sebanyak 191 miligram (mg) per 100 mililiter darah iaitu melebihi tahap dibenarkan 50mg per 100 ml darah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here