10 Mac lihat anak bulan Ramadan

Kuala Lumpur, Mac
Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah petang 10 Mac.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Majlis Raja-raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab. Menurutnya, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui radio dan televisyen.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa yang berkenaan diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari terbabit di 29 lokasi di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here