Boikot Starbucks Malaysia hanya merugikan rakyat

OKINAWA, Mac.

Rakyat Malaysia diseru supaya menghentikan kempen memboikot Starbucks Malaysia kerana tindakan itu hanya akan merugikan rakyat negara ini sendiri.

Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, berkata semua pihak perlu faham bahawa Starbuck Malaysia adalah syarikat milik negara ini.

“Saya rasa mereka semua yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia.

“Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80 hingga 85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot itu tidak menguntungkan sesiapa,” katanya kepada pemberita semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here