Cacing parasit Anisakis dalam tin sardin!

Johor Bahru, Apr.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan kewujudan cacing parasit Anisakis sp dalam tin sardin dari China yang dirampas selepas cuba diimport masuk ke negara ini, awal bulan ini.

Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof, berkata kewujudan cacing itu dikesan selepas sampel daripada keseluruhan 16,320 kilogram tin sardin yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis.

Beliau berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menyita sebuah lori yang membawa muatan sardin dalam tin bernilai RM83,879.84 yang diimport dari Singapura melalui pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, awal bulan ini.

“Tindakan sitaan terhadap lori itu dibuat berikutan sardin dalam tin itu diimport tanpa permit import daripada MAQIS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here