Jentera penggelek jatuh gaung – Lelaki maut

Kuala Lumpur, Mar.
Seorang lelaki maut selepas jentera penggelek kendaliannya terjunam ke dalam gaung sedalam 25 meter dekat Kampung Cheras Baru di sini.

Lelaki warga India berusia 41 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 3.07 petang.

Komander Operasi Kanan, Mohd Khairul Azmi Jaafar, berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras serta Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati sebuah jentera penggelek terjatuh ke dalam gaung sedalam 25 meter dan terdapat seorang mangsa tersepit.

“Sepasukan 10 pegawai dan anggota terbabit operasi mengeluarkan mangsa. Mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan penyelamatan,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here