India mahu perkukuh kerjasama strategik dua hala bersama Malaysia

Kuala Lumpur, Mac
India berhasrat untuk memperkukuh kerjasama strategik dua hala bersama Malaysia, terutama dalam sektor membabitkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi.

Ketetapan itu diketengahkan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy dalam kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan di pejabatnya di sini.

Mengulas pertemuan itu, Reddy berkata, kerajaan India juga menantikan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik berkenaan, dijangka pada suku keempat 2024.

Beliau berkata, kunjungan Anwar ke India antara lain akan membuka lembaran baharu antara Malaysia-India, terutama dalam memperkukuh kerjasama strategik dua hala kedua-dua negara.”Kerajaan India menyifatkan Malaysia memiliki landasan ekonomi yang kukuh menerusi reformasi ekonomi dilaksanakan di bawah pimpinan Anwar.

“Kerajaan India mahu mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dengan Malaysia terutama dalam sektor ekonomi membabitkan pembangunan PKS dan koperasi,” katanya menerusi kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here