PRK Chini: Suasana kempen tidak semeriah

Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini merasakan suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini tidak semeriah sebelum ini berikutan ia dilakukan dalam keadaan normal baharu.

Rata-rata penduduk mendakwa tiada bendera parti dinaikkan di Chini dan suasananya tidak ubah seperti biasa.

Calon juga hanya diiringi beberapa individu sahaja untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk setempat.

“Kita nampak kempen pilihan raya tidak meriah seperti sebelum ini, bahang tidak ‘menyegat’ seperti pilihan raya lalu.

Penduduk di kawasan ini hanya mengenali Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahrim Md Zin dan calon Bebas; Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.

Walaupun kurang mengenali seorang lagi calon (calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli) penduduk di sini berharap calon yang memenangi PRK itu akan melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here